Iklan

[VIDEO] Agong Singgah Nasi Lemak Royale Kedah Dekat Putrajaya


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah singgah di restoran Nasi Lemak Royale Kedah di sini pagi ini bagi menikmati santapan pagi.

Video yang dikongsi di Instagram Istana Negara memaparkan baginda memakai suit lengkap bertali leher itu memasuki restoran berkenaan lantas memesan sendiri minuman.

"Apa ada jual?" tanya Tuanku kepada peniaga restoran berkenaan.

Dijawab peniaga itu, "macam-macam ada Tuanku" sebelum bertanyakan air apakah yang diinginkan Tuanku.


Dalam keadaan santai sambil meninjau suasana di dalam restoran, Tuanku kemudiannya bertanyakan jika air teh tarik ada dijual di situ.

"Air apa ada? Teh tarik ada? Teh tarik satu," katanya kepada wanita yang mengambil pesanan baginda.

Rata-rata warganet yang meninggalkan ulasan menyatakan rasa kagum dan memuji Sultan Abdullah. - SINAR HARIAN

No comments