Iklan

Mahu Rapatkan Diri Dengan Peminat, Farra Queen Anjurkan Pertandingan Boling


Personaliti yang sedang meningkat naik menerusi drama serta telefilem tempatan, Farra Queen mahu dekati peminat dengan cara yang tersendiri.

Kongsinya kepada E-Medpro, Farra bersama DZ Radza Agency akan menganjurkan sebuah pertandingan boling pada 2 Ogos depan.

Ujar Farra, pendaftaran dibuka sehingga 25 Julai ini dan pertandingan santai mesra tersebut akan berlangsung di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall.


“Meskipun tarikh tutup pendaftaran adalah pada minggu depan, penyertaan awal yang diterima pihak penganjur amat memberangsangkan.

“Setiap pasukan akan dianggotai lima peserta dan yuran yang dikenakan setiap pasukan adalah RM170 sahaja,” katanya.

Selain bakal tampil dengan watak antagonis menerusi karakter Elsa dalam drama Hot Chocolate & Tea Lady, Farra mengakui tidak sabar untuk bertemu para penyokongnya.



“Bagi saya.. mudah. Tanpa penyokong, saya sukar untuk mendapat di mata orang ramai termasuklah dalam industri ini sendiri.

“Sehubungan itu, apa yang saya lakukan ini adalah sebagai tanda penghargaan agar karier saya terus diterima ramai,” katanya.



Mengulas lanjut tentang pertandingan itu, Talents Bowling Tournament 2019 akan berlangsung dari pukul 8 malam hingga 11 malam.

Untuk dapatkan lebih info, orang ramai boleh hubungi Farra J (010-2494361) atau Zack Radza (017-6153054) jika berminat untuk sertainya.

** E-MEDPRO **

No comments