Iklan

[VIDEO] Haziq Amir Buat Pengakuan Bersumpah & Minta SPRM Siasat Azmin Ali

Individu dalam video intim bersama seorang lagi lelaki didakwa mirip menteri kabinet tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut. 

Dia yang dikenali sebagai Haziq Aziz membuat pengakuan bersumpah bahawa dia merupakan individu bersama Azmin Ali dalam sebuah video yang mulai tular, semalam. 

Ujarnya, video berkenaan telah diambil tanpa kebenarannya di bilik Azmin pada 11 Mei di Hotel Four Points semasa PRK Sandakan dijalankan. 



"Saya menggesa SPRM untuk menyiasat Azmin atas tuduhan korupsi. Beliau bukanlah individu yang layak jadi pemimpin," katanya menerusi sebuah video berdurasi 35 saat.

Yang menimbulkan persoalan ramai, apa kaitan meminta SPRM menyiasat perlakuan korupsi Azmin dengan salah laku dari sudut Islam iaitu melakukan hubungan sejenis.


Seorang pengguna Facebook, Taufiq Hanafi berkata, kenyataan Haziq biar pun dia membuat pengakuan seperti agak aneh.

"Macam ada sesuatu yang tak kena namun yang pasti, penyebaran video tersebut adalah untuk menjatuhkan imej Azmin.

"Kelakuan sedemikian juga tidak boleh diterima sama sekali dan ia mencemarkan nama baik Pakatan Harapan," tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Hazirah Munir bersetuju dengan persepsi Haziq menyertai Pakatan Harapan sebagai penjahanam.

"Pihak musuh mungkin tahu kelemahan Azmin dan Haziq dihantar untuk memusnahkan karier Azmin.

"Perkara ini memang mudah dijangka kerana manusia cuma tewas kepada harta, pangkat, wanita dan zaman ini, terlalu banyak lelaki songsang," kesalnya.



Namun apa yang pasti, Haziq bukanlah individu yang bersama Pakatan Harapan sejak dari awal kerana pendedahan membuktikan dia datang daripada kerajaan terdahulu.





No comments