[VIDEO] Duga Iman! Kilafairy Pakai Baju Ketat Corak Ular Sawa Di Bangkok

Selebriti tanah air yang sering menerima jolokan artis paling seksi, Kilafairy telah memuat naik beberapa keping gambar terbaharunya di laman Instagram.

Gambar yang diambilnya dalam satu majlis pelancaran alat solek jenama antarabangsa di Gaysorn Urban Resort, Bangkok dikatakan amat menduga iman.

Lebih-lebih lagi apabila Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa memakai baju ketat bercorak ular yang menampakkan bentuk tubuhnya.


Meskipun menerima banyak tanda sukaan daripada para pengikutnya, ramai juga yang melontarkan kata-kata yang berunsurkan kecaman.

Antara yang disampaikan, pakaian Kilafairy terlalu seksi dan ada moleknya jika Kilafairy tampil dengan menutup aurat.


No comments