Iklan

Fail S : Makhluk Asing Pernah Mendarat Di Johor Bahru Pada Tahun 1969?


Sebuah piring terbang dengan lima penumpang dikatakan pernah mendarat di atas padang Sekolah Rendah Temenggong Abdul Rahman pada 2 Julai 1969 sekitar pukul 10.25 pagi.

Beberapa orang murid yang menyaksikan kejadian tersebut difahamkan bergegas ke bilik Guru Besar bagi melaporkan perkara aneh demikian. 

Berukuran antara enam hingga tujuh inci

Para pelajar itu mendakwa mereka telah melihat lima makhluk asing yang berukuran di antara enam atau tujuh inci tinggi keluar dari sebuah piring terbang.

Makhluk asing itu dilihat memakai pakaian serba merah dan membawa senjata yang diletakkan pada bahagian pinggangnya.

Melarikan diri ke dalam sebuah lubang

Ketika lebih ramai pelajar yang melihat dan cuba menangkap makhluk asing itu, kelima-lima mereka segera menghilangkan diri melalui sebuah lubang terdekat. 

Berita mengenai penemuan ini tersebar dengan begitu pantas di seluruh sekolah dan ketika hampir semua orang termasuk guru dan pelajar membuat pencarian, hanya kesan terbakar yang ditemui.

Yang tinggal cuma kesan terbakar

Meskipun kesan terbakar itu hanya melibatkan kawasan kecil rumput di padang sekolah, pihak sekolah berasa hampa kerana tidak menemui makhluk asing tersebut termasuklah piring terbang.

Pernah tonton filem 'Terbaik Dari Langit'? Ada satu babak piring terbang muncul di perkarangan sekolah, adakah ia menggambarkan mesej yang sama?

** Dokumen dari Fail S

No comments