Iklan

Fail S : Hantu Budak Tertunjuk Wajah Seramnya Dalam Satu Kemalangan Maut?


Pada setiap tahun, Jalan Gua Musang-Kuala Krai tidak pernah sepi dengan pelbagai cerita kemalangan maut yang sungguh tragis.
Kalau tak melibatkan orang yang memandu sendirian, pasti akan ada makhluk yang sengaja mengganggu perjalanan satu keluarga.
Laluan saksi nyawa pergi
Di laluan dekat Gua Musang itu juga, ada warga tempatan memberitahu memang ramai yang meninggal dunia di situ termasuk golongan kanak-kanak.
Maka tidak hairanlah kenapa lokasi berkenaan jadi semakin 'keras'. Apa yang menunggu di 'dunia satu lagi', tidak ada seorang pun yang punyai jawapan.

Misteri muka budak kecil
Dalam sebuah kemalangan pada 5 September 2018 di Kilometer 21, pihak bomba yang menjalankan operasi menyelamat mengesahkan hanya ada seorang mangsa.
Namun dalam satu gambar yang diambil oleh pegawai bertugas, ada satu kelibat wajah budak kecil yang berjaya dirakam.

Tiada budak di lokasi kejadian
Meneliti gambar-gambar lain, memang tidak ada. Hanya pada satu gambar tersebut sahaja dan ia menimbulkan pelbagai tanda tanya termasuk rasa seram.
Dakwa seorang pemandu yang sering menggunakan laluan tersebut, dia juga pernah terlihat kelibat lembaga yang cukup aneh termasuk budak kecil yang melintas.
** Dokumen dari Fail S

No comments