Iklan

[VIDEO] Lelaki Botak Pecahkan Cermin Kereta Sebab Kena Hon, Padahal Salah Dia


Sudahlah naik motosikal berlenggang di tengah-tengah jalan raya. Apabila kena hon, hati terus jadi tisu bagaikan Muhamad Sajat Kamaruzzaman.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki botak yang wargamaya klasifikasi sebagai 'acah-acah gengster' yang berpura-pura kononnya motosikal dilanggar.

Tindakannya memecahkan cermin kereta orang awam menggunakan helmet mendapat pelbagai reaksi wargamaya dan kebanyakannya mengutuk semula perbuatan itu.



Lebih malang lagi, lelaki botak yang wargamaya sifatkan sebagai bodoh dan bebal itu tidak mengetahui wajah terakam pada kamera yang dipasang dari dalam kereta itu.

Zaman ini, ushalah buat sebarang kesilapan mereka terlalu ramai penghukum dan penyiasat yang akan membongkar siapa anda meskipun cerita 20 tahun dahulu!

No comments