Realme 3 Pro Bermula Pada Harga RM899, Antara Model Canggih Bawah Nilai RM1,000!


Syarikat pengeluar telefon pintar dengan jenama Realme telah memperkenalkan peranti terbaharu keluaran mereka iaitu Realme 3 Pro.

Realme 3 Pro memiliki spesifikasi yang agak tinggi berbanding Realme 3 versi biasa dan perbezaan itu dapat dilihat menerusi sokongan rakaman gambar yang lebih baik.

Bateri besar & pengecasan pantas


Realme 3 Pro dilengkapi dengan bateri berkapasiti tinggi 4045 mAH dan ia sangat cukup untuk memenuhi keperluang pengguna tegar.

Dalam masa sama, kawalan lampu belakang (CABC) juga membantu Realme 3 Pro ini meningkatkan jumlah hayat bateri di antara 5 hingga 10 peratus.

Menyokong keupayaan bateri yang tersedia, pengecasan pantas VOOC 3.0 dapat menghidupkan semula telefon yang mati dengan lebih cepat.

Ini kerana pengecas 20W (5V4A) mengambil masa 30 minit untuk meningkatkan kadar bateri dari 0 kepada 50 peratus dan untuk pengecasan penuh, hanya 80 minit diperlukan.

Spesifikasi utama


Dari segi spesifikasinya pula, Realme 3 Pro hadir dengan skrin 6.3-inci FHD+, cip Snapdragon 710, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB.

Realme 3 Pro menggunakan gabungan kamera utama IMX519 16MP + kamera sekunder 5MP dengan saiz piksel tunggal 1.22 um, saiz sensor 1 / 2.6 inci dan aperture f / 1.7 besar.

Selain menjadikan peranti ini sebagai model yang punyai keupayaan Mod Super Nightscape, kamera hadapan 25MP membuatkan penggunanya mendapat swafoto yang sempurna.

Harga dalam pasaran


Realme 3 kini bukan sahaja boleh didapati di kedai-kedai yang terpilih malah model ini turut tersedia dalam pasaran atas talian seperti Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia.

Harga yang ditawarkan bagi variasi 4GB RAM dan 64GB storan adalah RM899 manakala untuk variasi 6GB dan 128 storan, harganya sekitar RM1099 sahaja.

No comments