[VIDEO] Zizan Razak Mengamuk Marahkan Pengarah Filem Wira, Adrian Teh Di Set


Pelakon komedi popular Malaysia, Zizan Razak dilihat bengang dengan pengarah filem Wira, Adrian Teh kerana lambat 'melepaskan' Zizan dari set penggambaran.

Ini kerana Adrian yang juga pengarah filem Paskal sebelum ini amat mementingkan ketelitian dan Zizan dikatakan gagal memuaskan hati Adrian.

Ekoran daripada peristiwa itu, Zizan bergegas keluar bertemu dengan Adrian dan meluahkan rasa tidak puas hatinya itu.

Hero utama filem Wira, Hairul Azreen yang turut sama ada di set penggambaran tersebut tersentak dengan tindakan Zizan dan cuba meleraikan peristiwa tersebut.

Namun tidak disangka-sangka, Hairul pula menjadi mangsa keadaan akibat 'kemarahan' Zizan dan 'keras kepala' Adrian.

Video penuh ada di bawah. Tonton, komen dan share :


No comments