Iklan

[VIDEO] Letupan Besar Di RAPID Pengerang, Sumpah Cuak Tengok Api..!!


PETRONAS mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, 1.25 pagi, hari ini.
Kenyataan media itu berkata, berikutan itu satu pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Pasukan kecemasan dan kebakaran kami dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam tempoh 30 minit kemudian.
“Ketika ini situasi dalam keadaan terkawal dan pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian terbabit," kata kenyataan itu.


Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian.
Dalam kejadian itu dua warga tempatan cedera susulan letupan di satu daripada lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, dekat Kota Tinggi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah, berkata, kedua-dua mangsa dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang. - Harian Metro

No comments