Iklan

Siti Kassim Akan Masuk BN? Ini Persoalan Yang Netizen Ajukan!


Setelah kerajaan Pakatan Harapan mengambil keputusan untuk menolak pelaksanaan ratifikasi Statut Rom, peguam kontroversi, Siti Kassim menyatakan rasa kecewanya.
Siti bukan sekadar meluahkan rasa kecewa semata-mata malah turut menyatakan telah hilang kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Harapan menerusi satu status di Twitter milknya. Umum sedia tahu bahawa kerajaan Pakatan Harapan mendengar suara rakyat dan akan sentiasa berubah-ubah keputusannya mengikut kehendak serta keselesaan rakyat dalam banyak perkara. Justeru, selain bercadang untuk memansuhkan tol secara berperingkat, kerajaan Pakatan Harapan turut menolak pelaksanaan ratifikasi Statut Rom bagi menghormati permintaan Raja-Raja Melayu. Perkara ini sekali gus membuktikan kerajaan Pakatan Harapan akur di bawah nasihat Raja-Raja Melayu dan tiada penentangan secara berkerajaan dilakukan seperti yang didakwa ramai pihak. Dalam masa sama, menerusi berita kekecewaan Siti Kassim, beberapa netizen beranggapan peguam kontroversi itu mungkin akan menukar lambang parti dalam masa terdekat. Misalnya, Mohd. Azlan Rahman menulis satu komen yang berbunyi, kerana perasaaan kecewa ini, Siti Kassim pasti akan bertukar ke parti Barisan Nasional walaupun sedang menjalankan hubungan baik dengan Pas. "Yang pasti, Pas mungkin tidak sesekali sesuai dengan perwatakan Siti Kassim yang agak liberal. Namun jika Siti Kassim menyertai Pas, parti itu pasti memiliki peguam 'hebat' yang digeruni satu Malaysia," komennya. Sumbangan penulisan ini adalah daripada Setiausaha Persatuan Pemikir Bangsa Nasional, Ali Rostam Rachmat. E-MedPro tidak bertanggungjawab dengan setiap artikel yang dikeluarkan kerana ia tidak mewakili pendirian peribadi kewujudan portal ini.

No comments