Iklan

Model Terbaharu Kawasaki Z250 ABS & Z400 SE ABS Harga Di Bawah RM30K

Pengimport dan pengedar utama motosikal, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan dua model terbaharu iaitu Kawasaki Z250 ABS dan Z400 SE ABS.

Motosikal segmen 'super naked' ringan dengan casis inspirasi rekaan Sugomi model segmen Z ini bukan sahaja diadun daripada model Z650.



Malah rekaan yang ditampilkan begitu  agresif dan maskulin serta tampak hebat jika meluncur menyusuri jalan raya di negara ini.

Kekuatan enjin

Model Z250 dikuasakan dengan enjin 249cc DOHC sejukan cecair silinder berkembar selari dengan kuasa 37 PS pada 12,500rpm dan 23Nm pada 10,000 rpm.

Manakala Z400 pula dilengkapi enjin 399cc DOHC sejukan cecair silinder berkembar selari menjana kuasa 45 PS pada 10,000 rpm dan tork 38Nm pada 8,000 rpm.


Persamaan rekaan

Dari segi persamaan rekaan pula, kedua-dua model dibina di atas kerangka trelis berketahanan tinggi dengan suspensi hadapan fork teleskopik.

Selain itu, kedua-dua model ini juga memiliki penyerap hentakan belakang jenis 'gas-charged' dengan 'Bottom-Link Uni-Track' serta larasan pra-beban.

Spesifikasi pelengkap


Lampu hadapan dan belakang LED, panel meter pelbagai fungsi dan rekaan tangki bahan api lebih tirus untuk keselesaan kepada penunggang antara pembaharuan bagi model ini.

Harga bawah RM30k


Bagi pasaran Malaysia, Kawasaki Z250 ABS dijual dengan harga RM21,988 dan Z400 SE ABS pada harga RM28,755 (atas jalan tanpa insurans).

No comments