Misteri Terbongkar : Acap Sebenarnya Tidak Hilang & Bersembunyi?


Aduhai.. apakah petanda semua ini? Pada mulanya Mohammad Ashraf Hassan, 29, didakwa hilang disorok makhluk halus sewaktu mengikuti larian Gopeng Ultra Trail sejauh 25km.

Setelah berbelas-belas hari pencarian, timbul pula rakaman suara mendakwa mereka antara yang terlibat dengan pencarian Ashraf (Acap) namun Acap enggan pulang.

Dakwa Acap mungkin berkahwin dengan jin

Kata lelaki tersebut, mereka telah membuka jalan dan nampak Acap di depan mata namun Acap enggan pulang kerana sudah asyik dengan tipu daya jin.

Dikhuatiri juga jika mereka menarik Acap keluar dari jalan tersebut, pemuda dari Muar Johor itu boleh menjadi gila.

Anjing juga gagal mengesan

Namun begitu, kisah misteri Acap tidak terhenti di situ. Ada pengamal perubatan yang mencari Acap dapat bertemu dengan 'orang sebelah sana' namun mendakwa Acap memang tiada di situ.

Anjing pengesan juga gagal menemui jejak Acap meski pun kita sedia maklum bahawa tahap hebatnya anjing pengesan ini menghidu bau bukan calang-calang kerana haiwan itu mendapat latihan yang sempurna.

Konspirasi VS Realiti

Saban hari berlalu dan rakan-rakan Acap yang gigih turun naik bukit nampaknya mula 'u-turun' dalam mengeluarkan kenyataan di media sosial.

Jika dahulu mereka sering mendoakan Acap namun kali ini mereka seperti, 'Biarlah pihak polis yang keluarkan kenyataan'.

Bukan apa, sila baca perkongsian daripada lelaki ini. Ceritanya juga agak lain macam dan apakah benar Acap sebenarnya tidak hilang disorok bunian atau jin?

Jika Acap sebenarnya melarikan diri untuk konon-konon nampak hilang tetapi tidak menjangka mendapat liputan satu Malaysia, kasihan jin dengan bunian kena fitnah!



PDRM akan bagi jawapannya


Muncul kecewa, hilang derita?


Netizen Google Maps

Menerusi perkongsian itu juga, ramai netizen melakukan kerja suka rela mereka dengan komen bertalu-talu menyatakan teori masing-masing.
Namun dalam banyak-banyak komen yang ada terdapat seorang pengguna Facebook berkongsi gambaran maps dari trek berkenaan menghala ke lebuh raya.
Walau apa-apa pun, kes kehilangan Acap masih lagi misteri dan sebarang spekulasi atau cerita rekaan tidak harus diada-adakan. Yang penting, tunggu kenyataan pihak PDRM!

No comments