Benarkah Acap Tak Nak Balik? Pilih Jalani Kehidupan Di Sana Bersama Alam Baru?



Entah betul atau tidak katanya telah tersebar satu voicenote menerusi aplikasi Whatsapp dan dalam voicenote tersebut ada pihak mendakawa Acap sebenarnya yang tidak mahu pulang.

Oleh sebab itu pencarian kelihatan semakin sukar biar pun ada pihak yang mendakwa 'jalan' sebenarnya sudah dibuka tetapi misi bagaikan tiada berpenghujung.

Lebih-lebih lagi jika Acap sememangnya bertegas untuk kekal dan selesa berada di alam sana bersama makhluk yang ditemuinya sejak hilang dari hari pertama.

Dalam masa yang sama, penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan mengambil langkah sebaik mungkin untuk mencegah perbuatan mungkar dan amalan khurafat.

Salah seorang penduduk kampung tidak menafikan, memang ada pihak yang mencabar kuasa Allah dengan membawa pulut kuning serta membakar colok kononnya ia sebagai salah satu ikhtiar.

Malahan ada juga pihak yang berjaya meloloskan diri daripada pandangan orang kampung siap ibarat buat 'show' pada hari Jumaat dengan alasan mahu membantu menemukan pemuda yang hilang.

Info terbaharu yang diterima, sekumpulan pemuda yang ingin naik ke kawasan tersebut untuk bermain kompang dan gendang turut dihalau penduduk kampung.

Penduduk kampung menegaskan, "Amalan apakah itu? Belajar dari mana? Dan dalam Islam pun tidak ada diajar amalan sebegitu!"

Apa-apa pun, tujuannya bagus kerana sebagai umat Islam, kita sememangnya harus mencegah perbuatan mungkar.

Namun demikian, kehilangan Acap masih lagi misteri. Adakah benar dia sendiri yang memilih untuk menetap di sana? Wuallahualam..

E-MedPro tidak bertanggungjawab dengan setiap artikel yang dikeluarkan kerana ia tidak mewakili pendirian peribadi kewujudan portal ini.

No comments