Iklan

Angkara Rakam Video Makan Sampah Di Venezuela, Wartawan AS Dihalau Pulang!


Sekumpulan wartawan dari Amerika Syarikat (AS) dihalau pulang dari Venezuela setelah video rakaman orang awam yang kelaparan di negara itu tular di laman Twitter.

Lebih menyedihkan, gelagat orang awam yang sehingga terpaksa menggeledah lori sampah semata-mata untuk mendapatkan makanan sangat meruntun hati.

Presiden Venezuela berang


Dalam satu temu bual, wartawan utama pasukan dari AS, Jorge Ramos telah menunjukkan rakaman video tersebut kepada Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.

Dan selepas 17 minit wawancara diadakan, Nicolas menjadi berang apabila ditanya tentang kemiskinan yang melanda negara tersebut termasuk menamatkan temu bual serta-merta.

Pasukan wartawan ditahan

Ekoran rasa tidak puas hati, Nicolas mengarahkan pasukan wartawan itu ditahan serta merta dan disiasat hampir dua jam di Istana Presiden di Caracas, minggu lalu.

Semua peralatan rakaman termasuk telefon dan kamera pasukan wartawan yang bekerja dengan stesen televisyen berbahasa Sepanyol di Amerika, Univision itu turut dirampas.

Di sebalik realiti


Menurut Times, pasukan wartawan terbabit diarah ke lapangan terbang pada awal pagi Rabu untuk menaiki pesawat ke Miami, Florida.

Nicolas menghalang semua bantuan daripada memasuki negara itu walaupun rakyatnya kelaparan termasuk menutup laluan menghubungkan Venezuela dengan Colombia dan Brazil.

Sumber : Reuters & Times



No comments