Tok Man Pegang Prinsip 'Kerja Sampai Mati', Lihat Mersing Sesuai Dibangunkan


Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian terus memegang prinsip ‘kerja sampai mati’ walaupun pembangkang terus tidak berpuas hati dengan pelaksanaan efektif yang dilakukan beliau. 

Ada yang berkata, “Buat apa kerja sampai mati? Lebih baik beribadah!” Bukankah kerja itu juga suatu ibadah yang dituntut dalam Islam? Mengapa fahaman berbahaya sebegini boleh menjadi mainan masyarakat?

Selagi seorang pemimpin itu bekerja, hargailah mereka kerana mereka sedang memikul dan melaksanakan tanggungjawabnya yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Lainlah seandainya mereka diberi kepercayaan tetapi hilang mendiamkan diri.


Sama seperti kes-kes yang pernah terjadi pada kerajaan lalu. Bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan mana-mana individu tetapi perubahan kerajaan hari ini adalah kerana rakyat itu sendiri merasai apa yng dialami di kawasan mereka.

Hentikanlah propaganda ‘rakyat termakan fitnah Pakatan Harapan’ sedangkan Allah kurniakan akal dan fikiran untuk mereka membuat sesuatu keputusan termasuk untuk mengundi dalam PRU-14 yang lalu.

Derita kerana tiada apa-apa. Itulah yang dirasai segelintir masyarkat di beberapa kawasan yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya menerima elaun tetapi kerja pembangunan untuk rakyat tidak disertakan sekali lagi.

Berbalik kepada cerita daerah Mersing dan Datuk Osman Sapian atau lebih mesra dengan panggilan Tok Man, ketika netizen terus menghamburkan kata-kata tidak percaya dan sebagainya, Johor perlu terus membangun.


Membangunnya untuk siapa? Untuk rakyat Johor juga agar keseimbangan dan perjalanan ekonomi negeri itu dapat mengalir cantik.

Ada yang bertanya, “Dah beberapa bulan ni, takkan masih tak boleh buat apa-apa lagi?” Jawapannya, “Perancangan sudah dibuat dan jika Allah izinkannya untuk menjadi kenyataan, maka jayalah ia.”

Setiap kata-kata yang disebut adalah satu doa. Kalau ramai sangat yang secara tidak sedar mendoakan Johor untuk tidak membangun di bawah kerajaan Pakatan Harapan, adakah ia salah pemimpin yang sedang bertungkus-lumus untuk bekerja juga?

Pastinya rakyat Johor juga tahu Tok Man ada merasmikan pelbagai projek untuk pembangunan di Johor. Apabila sudah dirasmikan ia bermaksud projek berkenaan lulus untuk dilaksanakan.

Sama seperti Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kampung Sri Lumpur, Mersing yang dirasmikan semalam.


Program yang berlangsung selama sebulan bermula 3 Februari hingga 4 Mac depan memberi peluang penyertaan kepada orang awam dan pemegang taruh tempatan untuk membuat representasi terhadap perkara yang dicadangkan dalam Draf RKK.

Dalam satu kenyataan, Tok Man juga mengalu-alukan seluruh penduduk Mersing mengambil peluang untuk meneliti dan seterusnya mengemukakan maklum balas kepada kerajaan mengenai projek pembangunan tersebut.


Jelas bukan? Hubungan dua hala sudah dibentuk. Jika ada perkara yang ingin dibangkitkan, bersuaralah pada saluran yang betul. Jangan gunakan platform tidak rasmi Facebook untuk menyatakan pendapat kerana ia memang tidak akan sampai kecuali ‘FITNAH’.

Kredit : Aktivis sosial, Zainul Maiden

No comments