Iklan

Terus Dipercayai! Syarikat Dubai Sudi Melabur RM40 Juta Khas Buat Negeri Johor


Siapa kata negeri Johor tidak hebat di mata dunia? Buktinya, syarikat besar yang terlibat dalam sektor pembuatan dan pembinaan berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pun sanggup melabur RM40 juta di Johor bagi melebarkan sayap perniagaan di Iskandar Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse selepas menjalankan perbincangan peringkat akhir dengan syarikat berkenaan baru-baru ini.
Kata Wee Tse lagi, syarikat itu juga dijangka akan memulakan operasi sepenuhnya di Iskandar Malaysia pada September depan setelah misi pelaburan kerajaan negeri ke UAE bermula 16 Februari lalu dan berakhir pada Rabu lalu.
Pertemuan pihak negeri Johor bersama pengurusan kanan Fujairah Holding, iaitu syarikat pemilik pemerintah Fujairah dijangka berjaya meneroka beberapa peluang kerjasama antara Johor-Fujairah dalam industri petrokimia dan logistik.
Delegasi itu turut berkunjung ke Emirates National Chemical Industries LLC (EMICHEM) dan berbincang mengenai peluang pelaburan di Johor. Hasilnya, syarikat berkenaan menyatakan minat untuk melebarkan sayap perniagaan mereka ke Johor.
Dalam masa sama, ekspo makanan ketiga terbesar di dunia, Gulfood turut menjadi destinasi misi pelaburan delegasi itu.
Ekspo makanan tersebut mendapat sambutan seramai 98,000 peserta dari 193 negara dan pameran tersebut dapat menjadi platform terbaik untuk membantu pemain industri makanan di Johor terutama industri halal dan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan serta menjenamakan produk mereka di peringkat antarabangsa.

No comments