Iklan

Setiap Warna Anggur Punyai Khasiat Tersendiri, Yang Warna Hijau Paling Terbaik!


Pernah atau tidak anda bertanya mengapa setiap warna anggur itu berbeza? Adakah anda cakna tentang perbezaan itu atau terus 'ngap' sahaja kalau ada di depan mata?


Untuk pengetahuan pembaca, setiap buah-buahan mempunyai khasiat tersendiri termasuklah anggur tetapi uniknya anggur, khasiat itu terkandung berdasarkan warnanya :

1. Hitam keunguan untuk awet muda & jantung


Anggur yang berwarna hitam keunguan kaya dengan resveratrol yang bersifat antioksidan dan ia dihasilkan daripada biji anggur. Resveratol ini juga berfungsi sebagai zat yang dapat mencegah sel-sel kulit kita agar tidak cepat tua dan nampak awet muda. Selain itu, zat resveratol juga mampu menjaga tekanan darah dalam tubuh untuk mengalir stabil sekali gus melancarkan peredaran darah dan boleh menguatkan jantung. Dalam masa sama, anggur hitam keunguan ini turut boleh menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

2. Merah untuk antioksidan & lebarkan pembuluh darah


Anggur merah juga memiliki kandungan resveratrol yang sangat tinggi. Selain resveratrol, anggur merah mempunyai antioksidan yang cukup baik untuk kegunaan tubuh dan ia berfungsi sebagai zat untuk melindung tubuh daripada terkena serangan penyakit. Selain boleh meningkatkan sistem ketahanan tubuh, anggur merah juga dikatakan boleh melebarkan pembuluh darah sekali gus mengelak darah anda tersumbat.

3. Hijau untuk cegah radang & kuruskan badan


Anggur hijau juga memiliki antioksidan dan zat yang dapat mencegah kita daripada terkena radang atau pembengkakan dalam tubuh. Manfaat lainnya, anggur hijau dapat menghilangkan zat-zat berbahaya dari tubuh serta menurunkan berat badan anda untuk berat yang lebih ideal.

Semoga bermanfaat!

No comments