Iklan

RM300 Ribu Khas Buat SMK Dato' Penggawa Barat, Pelajar Bakal Miliki Dewan Baharu


Ibarat 'sirih pulang ke gagang'. Itulah nukilan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sewaktu menjejakkan semula kakinya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Penggawa Barat, Pontian.
Tulisnya begitu kerana Tok Man pernah menimba ilmu di situ dan kini membanggakan bekas guru-gurunya kerana Tok Man berdiri sebagai 'orang terpenting' dalam negeri Johor.
Sewaktu berkunjung ke sekolah itu, Tok Man mengumumkan peruntukkan sebanyak RM300,000 akan diberikan kepada pihak sekolah bagi membangunkan sebuah dewan.
Dengan adanya dewan tersebut, mudahlah untuk para guru dan pelajar khususnya mengadakan pelbagai aktiviti seperti seminar, peperiksaan dan pelbagai lagi.
Semoga dengan peruntukan itu juga akan memberi semangat tambahan kepada para pelajar untuk belajar dengan lebih cemerlang dan menjadi seseorang yang berguna mengikut rezeki yang Allah kurniakan. Insya'Allah..

No comments