Pandai Merancang, Tok Man Tetap 'Bikin Ruang' Untuk Dengar Suara Rakyat Johor


Sebagai seorang pemimpin, walaupun sesibuk mana pun kita, ruang masa bersama rakyat tetap perlu diadakan dari semasa ke semasa.
Dalam erti lainnya, ada sahaja peluang menjalankan urusan pentadbiran kerja di peringkat negeri, jika ada rakyat yang ingin mengadu, itulah masa yang perlu dimanfaatkan.
Namun dalam usaha untuk mendekati dan lebih memahami rakyat Johor, tetap ada suara-suara yang bencikan nilai-nilai yang digalakkan dalam Islam iaitu mengeratkan hubungan silaturrahim.
Tiada apa yang salah tentang perbezaan fahaman politik mahu pun warna kulit. Sebagai seseorang hamba Allah yang rasional, kita perlu bersikap positif.
Jika ada yang tidak berpuas hati, bercakaplah pada medium yang betul dan bukannya tampil menghina dan benci tanpa sebarang alasan.
Balik-balik kerana perbezaan politik. Masya'Allah.. Tuhan kita tidak galakkan umatnya saling berpecah dan hormat pada ketua yang menjalankan tanggungjawabnya.
Mengambil contoh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, beliau antara individu yang tidak terlepas menjadi mangsa cybertrooper pihak pembangkang.
Selain itu menjadi tempat untuk netizen menembak kemarahan tanpa sebab sedangkan Tok Man belum pernah gagal 'meluluskan' projek-projek pembangunan negeri Johor.
Lebih-lebih lagi yang dilihat mampu memberi manfaat yang cukup baik serta meningkatkan imej negeri Johor di mata negeri mahu pun negara luar.
Apa-apa pun, inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang pemimpin. Perjuangan yang berlandaskan Islam tetapi diserang mereka yang berhati hitam. Semoga Allah membuka semula hidayah.
Gambar diambil sewaktu Tok Man menjamu selera bersama kariah masjid yang hadir malam tadi selepas menunaikan solat isyak dan menyempurnakan Majlis Penutup Minggu Wakaf Dewan dan Rumah Imam Masjid Jamek Ar-Rahman Taman Dahlia, Johor Bahru.
Ujar Tok Man, tradisi makan dalam dulang adalah sesuatu sangat bagus untuk diamalkan kerana ia boleh mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

**Artikel ini dikongsikan oleh aktivis sosial, Zainol Maiden**

No comments