Osman Sapian Santuni Rakyat Johor Berbangsa Cina, Rai Perbezaan Demi Kemakmuran


Tetap menyantuni rakyat yang pelbagai latar belakang walau berbeza agama dan budaya. Itulah pendekatan yang diambil Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dalam meraikan setiap rakyat Johor.

Seperti sedia maklum, Tahun Baharu Cina mengutamakan kemakmuran serta keharmonian dan langkah proaktif yang diambil Osman Sapian jelas sekali bercanggah dengan persepsi pembangkang bahawa orang Melayu menentang orang Cina membuta tuli.

Memang benar Malaysia ini asalnya Tanah Melayu namun yang sama-sama membangunkan Malaysia secara seimbang turut melibatkan kaum-kaum lain.

Usah dipolitikkan sangat dengan cerita 13 Mei yang tidak membina. Itu sekadar sejarah yang perlu diingati agar tiada pihak yang cuba mencabar lagi perpaduan yang sudah terbina.

Berbalik kepada program Osman Sapian hari ini, beliau telah menyerahkan 160 sumbangan kepada masyarakat Tionghua di kawasan Kempas sebagai tanda penghargaan dan meraikan perbezaan dan keunikan yang ada di Malaysia.


Percayalah.. menerusi berita ini pun, akan ada pihak pembangkang menjadikan gambar yang diambil sebagai modal serangan dan pelbagai fitnah akhir zaman namun sekadar berkongsi realiti, ini adalah tanggungjawab seorang Menteri Besar.

Tidak ada sesiapa pun akan tersisih atau dianak tirikan. Semuanya akan mendapat layanan sama seperti sebelum ini sebagaimana Malaysia bangun dengan corak yang cukup menarik di mata dunia.

Sumber : Zainul Maiden

No comments