Iklan

Kertas Siasatan Dibuka Terhadap Tiga Pemilik Akaun Facebook Hina Agama Islam


Berikutan dengan beberapa siri penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda yang menaikkan kemarahan umat Islam Malaysia, kini pihak polis melaporkan telah membuka tiga kertas siasatan.
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa tiga pemilik akaun Facebook iaitu, Foo Sing Wai, Sarkar Tanesan dan Sally Yen kini dalam kertas siasatan mereka.
Sebanyak 478 laporan polis diterima terhadap Sing Wai, Sarkar (11) dan Sally (dua).
“Sing Wai ditangkap pada 19 Februari lalu dan direman tiga hari berakhir kelmarin. Disebabkan faktor umur dan komplikasi kesihatan, suspek dibebaskan pada 22 Februari lalu dengan jaminan polis.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

No comments