Iklan

Boo Cheng Hau, Celuparnya Bukan Mewakili Pakatan Harapan

Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau mendesak Dr. Mahathir meletakkan jawatan kerana didakwa memperlekehkan manifesto PH yang dibuat pada pilihan raya umum lalu.
Pada pandangan aktivis sosial, Zainol Maiden, perkara ini membabitkan pandangan peribadi Boo sahaja dan bukanlah DAP secara keseluruhannya.
Kenyataan yang dikeluarkan sangat jelas dengan pendirian DAP yang setia bersama Tun M yang cuba membangunkan Malaysia dari masalah kerajaan lama yang dibenci rakyat.
Sedangkan dalam masa sama, kerajaan semasa sedang mencuba sedaya upaya melaksanakan segala usaha itu secara berperingkat dan hasilnya sudah mula terlihat sedikit demi sedikit.
Melihat keadaan itu, bekas ahli DAP yang juga aktivis politik, Rahmad Isahak memberi komen ada baiknya Boo mengisytiharkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) kerana dianggap membusukkan nama DAP berbanding mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Malah, Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim juga mengharapkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dapat 'cili-cilikan' mulut Boo yang bagaikan terlalu lancang itu.

No comments