Iklan

Bangsa Melayu Rela Jadi Hamba, Ibarat Boleh 'Mati' Tanpa Bantuan Di Bumi Sendiri

Kedengarannya seperti satu penghinaan.. tetapi itulah realiti yang perlu dihadapi 'tuan pemilik' Tanah Melayu yang punyai nama baharu selepas era penjajahan iaitu Malaysia.
Lebih sadis dan menyedihkan, orang berdagang sehelai pinggang jauh dari bumi asal mereka pula yang kaya raya dan Melayu masih selesa untuk 'menerima'.
Tahniah kepada Melayu yang terlibat dalam perniagaan, berusaha keras dalam memajukan diri sendiri dan takziah kepada Melayu yang cuma melihat dan belum jadi tuan kepada apa-apa perkara di Tanah Melayu ini.
Benar, manusia tetap hamba Allah dan yang masih hidup sehingga kini adalah umat Rasulullah namun dalam Islam itu sendiri menggalakkan umatnya untuk menguasai ilmu perniagaan.
Tetapi.. berapa ramai bangsa Melayu secara totalnya mengamalkan ilmu ini atau lebih selesa menjadi pengikut atau kuli yang cuma mampu menadah tangan menerima gaji, bayaran atau duit?
Melayu juga dimomokkan Cina kaya, Cina kaya.. hantar Cina balik ke China sedangkan pada hakikatnya, mereka tetap orang dagang dan datang ke Tanah Melayu tanpa sebarang harta.
Tetapi orang-orang Melayu yang sememangnya lahir di Tanah Melayu ini, punyai tanah serta harta, mengapa tidak mampu menjadi tuan tanah lagi?
Jawapannya adalah orang Melayu itu sendiri. Melayu yang dibutakan dengan wang ringgit yang boleh habis untuk membeli rumah dan sanggup menjual tanah kepada orang-orang Cina untuk membina rumah dan menjalankan proses sewaan serta jualan semula hartanah dengan harga yang berlipat kali ganda!
Adakah sikap Melayu yang tidak baik ini pun mahu disalahkan kepada sistem politik?
Jika orang Melayulah yang membina rumah lalu menyewakan dan menjualnya kepada golongan dagang seperti Cina dan India sejak awal kemasukan mereka dahulu, sudah tentu Melayu jadi kaya-raya di Tanah Melayu sendiri.
Tetapi itulah.. sedih dan simpati.. Kalau RM450 pun ditagih, apatah lagi RM100 itu? Bukan nak bercakap soal tidak prihatin atau apa.. tetapi kenapa maruah dan ekonomi Melayu untuk pelbagai kelompok jadi miskin sangat di bumi sendiri?
Jangan cakap peluang tak ada.. nenek moyang dah warisi sejak zaman berzaman tetapi itulah.. semuanya nak dikaitkan dengan politik dan Pakatan Harapan juga dijadikan bahan untuk rakyat hilang tujuan!
Berubahlah!

No comments