Iklan

Alhamdulillah, SMK Impian Emas Terima Dana RM150 Ribu Daripada Kerajaan Johor

Demi memastikan generasi muda di negeri Johor dapat menikmati suasana pendidikan dalam keadaan yang selesa, kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan dana berjumlah RM150,000.
Dana tersebut dikhususkan kepada pihak sekolah untuk menjalankan proses baik pulih pada kawasan yang diperlukan sekali gus menaikkan imej sekolah dengan wajah baharu.
Pengumuman itu disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sewaktu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-17 dan Hari Penetapan Target SPM SMK Impian Emas, pagi tadi.
Mengulas lanjut tentang program tersebut, Osman berharap semua pihak khususnya ibu bapa dapat memanfaatkan mesyuarat seperti itu demi kecemerlangan pendidikan anak-anak.
**E-MEDPRO**

No comments