Iklan

1,253 Generasi Harapan Felda Lok Heng Terima Tanah Seluas 4,500 Kaki Persegi

Seramai 440 generasi harapan dari Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur (517) dan Felda Lok Heng Selatan (296) menerima tanah seluas 4,500 kaki persegi.
Tanah itu dikurniakan kerajaan Pakatan Harapan dengan usaha memastikan anak-anak peneroka ini dapat membina rumah berdekatan dengan rumah ibu bapa mereka.
Dalam masa sama, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian menerusi kerajaan negeri Johor turut memperuntukkan dana sebanyak RM500,000 untuk manfaat penduduk di situ.
Tujuannya adalah untuk pembinaan sebanyak tiga telaga tiub air untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang sering terjadi sejak 60 tahun dahulu setiap kali musim kemarau.
Semoga dengan pembinaan tiga telaga tiub air tersebut dapat memberikan nafas baharu untuk penduduk setempat untuk kehidupan yang lebih selesa.
Kerajaan Pakatan Harapan di negeri Johor prihatin tentang masalah yang dialami rakyat Johor. Memang tiada magis semudah memetik jari boleh dilakukan untuk memuaskan nafsu individu tetapi demi rakyat, usaha dan langkah strategik terus dilaksanakan secara berperingkat.
Selepas Mersing dan Muar, kini Kota Tinggi pula. Sama-sama kita doa perkara yang baik untuk negeri Johor yang aman dan makmur ini. Amin..!!

No comments