Rakyat Johor, Sudah Bersediakah Anda Memacu Negeri Ke Tahap Yang Lebih Berprestij?



Rakyat Johor secara keseluruhannya perlu bersiap-sedia untuk mengorak langkah ke arah pembangunan negeri yang lebih berprestij.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mahu kekuatan ekonomi, kebudayaan serta sosio masyarakat yang wujud di Johor akan digeruni pihak luar.

Osman berharap rakyat Johor sudi berlapang dada menerima perubahan pucuk kepimpinan yang bertanggungjawab selain menerima aspirasi Malaysia Baharu sebagai pegangan kerajaan.

Menerusi aspirasi tersebut, Osman yakin kerajaan Johor yang dipimpinnya itu tidak akan terpesong selagi orang di sekelilingnya turut sama fokus memikirkan cara memajukan Johor.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Amanat Kepada Pegawai Dan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor di Stadium Tertutup Kompleks, Sukan Educity, Iskandar Puteri.

Mengulas lanjut tentang majlis berkenaan, Osman bukan hanya mahu memastikan negeri Johor berupaya menikmati pelbagai fasa pembangunan.

Malah, rakyat juga harus diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana negeri Johor mampu bertukar status kepada negeri maju di bawah kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan.

** E-MEDPRO **

No comments