Mengapa Cikgu Zamrud Kata "Tak Kisah Kalau Tadika Tutup" Tapi Ops Johor Kata..


Pernah tengok orang berlakon? Apabila seseorang itu pandai berlakon dan memainkan emosinya, penonton pasti akan terkesan dan merasai jiwanya.
Sama seperti voice note yang tular dalam pelbagai grup Whatsapp yang didakwa milik suara Cikgu Zamrud, yang menangis teresak-esak.
Dakwa Cikgu Zamrud, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) seolah-olah mahu mengusir mereka (termasuk pelajar tadika) kerana mahu menukar mangga dan kunci.
Difahamkan, MPPG datang ke Tadika Kemas Jalan Serindit Utama, Taman Scientex, Pasir Gudang pada 23 Januari 2019, pukul 10.50 pagi.
Tujuan mereka datang adalah untuk menukar mangga dan kunci dan perkara itu telah dimaklumkan awal. Malangnya pada tarikh 23 Januari 2015, pukul 10.50 pagi itu, MPPG tidak memaklumkan kehadiran mereka kepada Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Wan Hazan.
Ekoran daripada tindakan itu, oleh kerana MPPG yang datang, nama Wan Hazan telah dipetik kononnya mengarah MPPG menghalau anak-anak yang sedang belajar di tadika kemas berkenaan.
Maka dari situ juga, satu voice note yang didakwa milik Cikgu Zamrud tadi ada berkata, “Saya tak kisah kalau Kemas ditutup kat situ, saya ditukarkan tapi anak-anak tu, mana nak pergi? Kesian kat diorang.”
Menerusi voice note yang sama, Facebook Ops Johor mengambil langkah mengeluarkan gambar suntingan yang bertajuk “Zalim, MB Johor Arah Ahli Majlis Tutup Tadika?”
Bagi aktivis sosial, Zainul Maiden yang mengamati kronologi tersebut, timbul persoalan yang berbunyi:
“Suara wanita yang didakwa milik cikgu Zamrud itu sekadar berkata dia tak kisah kalau Kemas ditutup dan dia ditukarkan. Itu luahnya secara peribadi. Namun dari celah mana pula, Ops Johor memetik cerita Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sopian mengarahkan tadika Kemas perlu ditutup?
“Isu yang sama, twist yang berbeza. Kenyataan adalah kenyataan dan fitnah boleh wujud melalui persepsi serta andaian bodoh masyarakat yang gemar baca tajuk dan tidak mengkaji kemudian terus share dengan perasaan marah dan benci.”
Apa isunya di sini? Ya, masih tentang penukaran mangga dan kunci.
Ahli Majlis Parlimen Pasir Gudang, Wan Hazan difitnah teruk kononnya dia yang mengarahkan MPPG untuk meneruskan tindakan itu.
Komen Wan Hazan, dia mengakui MPPG memang akan datang untuk membuat penukaran kunci tetapi dia tidak tahu sewaktu kejadian berlaku pada 10.50 pagi itu, ketika Wan Hazan sedang berkerja.
Sewaktu kalian bersekolah, pernah tak buat aktiviti luar kelas? Di padang atau di mana-mana sahaja? Jika anda bersekolah di Malaysia, mengakuilah bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang aneh.
Tetapi anehnya apabila ada pihak yang mengambil gambar anak-anak tadika itu duduk di luar dan buat kerja di luar tadika, lalu gambar anak-anak itu diperam untuk dijadikan bahan fitnah?
Apa fitnahnya? Pada sebelah malam tarikh yang sama, 23 Januari 2019, Wan Hazan berkunjung ke kawasan tersebut untuk melakukan sesi penyerahan kunci baharu serta sesi dialog bersama penduduk.
Malang sekali lagi buat Wan Hazan, yang anak-anak yang pernah diambil itu ditularkan beberapa jam sebelum Wan Hazan tiba di kawasan tersebut.
Pastilah mak bapak anak-anak yang sedang bekerja ini pun tidak tahu perkara sebenar dan terus percaya bulat-bulat Wan Hazan mengarahkan MPPG untuk menghalau dan menutup Tadika Kemas berkenaan.
Biasalah.. tapi sampai bila Melayu harus hidup termakan fitnah dek mereka yang dahagakan kuasa dan jawatan serta mahu memburukkan nama individu lain demi kepentingan yang tersendiri?
Agak teruk Wan Hazan dicerca pada malam itu oleh sekumpulan mereka yang belum menyelidik tetapi terus menyerang dan pastinya si tangan hitam yang merancang situasi tersebut sedang bertepuk tangan.
Benar.. J-Media faham krisis dan imej Pakatan Harapan dicerca teruk oleh netizen dan kuasa bawang rakyat Malaysia tetapi dalam hal ini, adakah Melayu Islam perlu bersekongkol dan percaya pada fitnah?
J-Media sekadar berkongsi cerita dan bertanyalah mereka yang berada pada tempat kejadian, bukannya percaya apa yang ditularkan dalam media sosial.
Nama Wan Hazan agak busuk ketika ini dek tohmanan dan tepukan ria sang pembuat cerita. Maklumlah, mungkin azab kubur dan akhirat tiada dalam istilah hidup mereka.
Nak dengar bukti suara bagaimana seorang wanita yang didakwa Cikgu Zamrud menangis teresak-esak dan menyebut, “Saya tak kisah kalau Kemas ditutup kat situ, saya ditukarkan tapi anak-anak tu, mana nak pergi? Kesian kat diorang”?

No comments