MB Johor Ucap Tahniah Kepada Atlet Negeri, Faiz Dan Farah



Semalam telah berlangsungnya Majlis Anugerah Sukan Johor 2017 dan dalam majlis berkenaan, dua atlet negeri, Faiz Helmi Jali dan Farah Ayuni Yahya telah menerima penganugerahan Olahragawan dan Olahragawati 2017.

Kongsi Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sopian, menerusi anugerah yang diterima dua individu berkenaan, ia akan menjadi pemangkin dan pencetus semangat kepada atlet Johor yang lain.

"Tahniah diucapkan kepada Faiz dan Farah Ayuni atas penganugerahan yang diterima. Diharap atlet Johor yang lain turut mengambil inisiatif  untuk terus cemerlang pada masa akan datang.

"Kecemerlangan itu juga harus dibuktikan pada masa akan datang khususnya apabila Johor menjadi tuan rumah bagi Sukan Malaysia (Sukma) untuk tahun 2020," katanya.

Majlis Anugerah Sukan Johor 2017 telah diadakan pada Sabtu ini bertempat di Pinewood Studios, Iskandar Puteri dan majlis berkenaan turut menyaksikan sebanyak 13 kategori anugerah dipertandingkan.

No comments