Iklan

Kongsi Idea Dengan KPRJ, Yakin Penjenamaan Semula Mampu Luaskan Bisnes GLC



Umumnya, rakyat Johor tahu bahawa Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

KPRJ selama ini bukan sahaja telah memberi pelbagai manfaat kepada penduduk sekitar malah dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang luas.

Lawatan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian ke KPRJ baru-baru ini umpama satu langkah yang tepat dalam memastikan GLC berkenaan tetap menjadi hebat.

Dalam lawatan tersebut, Osman sempat berkongsi idea untuk memastikan KPRJ terus berdaya saing dengan syarikat lain yang mungkin sudah maju ke hadapan.

Antara cara yang dicadangkan kepada KPRJ adalah seperti proses penjenamaan semula seiring dengan peredaran masa dan teknologi perlu dilakukan.

Tindakan untuk bergerak ke arah tersebut juga akan berhasil sekiranya kaki tangan sedia ada KPRJ memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi.

Dalam erti kata lain, sebgai Menteri Besar yang baharu di negeri Johor, Osman mahukan setiap GLC merancang untuk mewujudkan transformasi kejayaan.

No comments