Jijikkah Bahasa Melayu Di Bumi Malaysia? Mana Penghormatannya Dari Seorang Pemimpin?



Melihat slogan Malaysia Baharu yang dilaungkan oleh para pemimpin kini, sebagai rakyat, mereka tidaklah bodoh membiarkan hukum perlembagaan diinjak-injak.

Budaya orang Melayu di Malaysia umum sedia tahu, cukup berlembut, suka menghormati namun apa rahmatnya segala kebaikan itu dibalas dengan agenda peribadi?

Benar.. bumi ini milik Allah dan sesiapa sahaja boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka dan jika bersalah, menjawablah di akhirat.

Pepatah klise ini manis diungkapkan oleh mereka yang gigih menaip di Facebook atau cakap-cakap belakang dan apabila mereka di hadapan, terdiam.

Bak kata netizen, "Melayu sama Melayu bolehlah kau berani..!!"

Terkini, gambar seorang calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, M. Manogaran yang akan berlangsung pada 26 Januari ini mulai tular dalam media sosial.

Misalnya dari perkongsian Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr. Saleeh Rahamad, poster yang digunakan memaparkan wajah M. Manogaran jelas menunjukkan bahasa Melayu bukanlah keutamaan untuk diperkenalkannya.

Bagi Saleeh secara sarkastinya, inilah contoh strategi untuk membina Malaysia dan rakyat terpaksa mengakui bahawa rakyat tidak perlu tahu berbahasa Melayu untuk diterima sebagai warganegara. 

"Ini perubahan yang suci lagi murni. Hidup Malaysia dalam budaya potpuri," ujar Saleeh menerusi akaun Facebooknya.

Sebagai rakyat yang neutral, mereka cuma mahu hak-hak yang terdapat dalam perlembagaan dihormati dan dijulang pada peringkat yang tertinggi.

Alasan remeh daripada pemimpin, "Saya tidak tahu mereka berbuat demikian" selepas sidang media diadakan sangat menduka citakan.

Ibarat mereka merendah-rendahkan kredibiliti diri sebagai seorang pemimpin yang harus cakna semua perkara kerana sudah menjadi tanggungjawab mereka.

Jika rasa terbeban, jangan bertanding. Duduk di kedai makan dan jadilah pejuang papan kekunci sahaja.

** E-MEDPRO **


No comments