First Look Retro-Modern Honda CB1100RS Ini? Detail Lanjut Ada Dalam Entri Ini!


Sempena pembukaan tahun baharu 2019, Boon Siew Honda Malaysia telah memperkenalkan tiga jenis keluaran motorsikal baharu yang berbeza namun kekal tampak bergaya.

Antaranya Super Cub C125 yang berharga RM13,999, CBR1000RR Fireblade SP (RM114,999) dan CB1000RS dengan harga RM75,999.

Dari tiga jenis keluaran ini, yang menjadi pilihan penulis sudah tentunya CB1100RS yang nampak sport dan retro berdasarkan era 70-an ditambah pula rekaan serta rupa bentuknya yang sangat seksi dan sungguh mengujakan.

Harga RM75,999



Walaupun harga bagi CB1100RS ini tidak termasuk cukai jalan, insuran dan pendaftaran adalah RM75,999 namun secara peribadinya, motorsikal jenis ini boleh dimasukkan dalam kategori motorsikal yang masih mampu milik (jika ada duit yang lebih).

Enjin 1,140 cc



Bercakap tentang design tubuh motorsikal ini, CB1100RS berjantungkan enjin sejukan udara 1,140 cc empat lejang DOHC yang menjana 88 hp (kuasa kuda) pada 7,500 rpm (had putaran enjin) dan 91 Nm (kilasan maksimum) pada 5,500 rpm.

Dua pilihan warna



CB1100RS menampilkan dua versi warna iaitu Darkness Black Metallic dan Matte Beta Silver Metallic.

Rekaan asas



Tangki minyak yang dihasilkan kelihatan sangat kemas kerana tiada kesan pateri dan SB1100RS dilengkapkan dengan meter bulat berkembar.

Dari pandang hadapan



Jika melihat motorsikal dari arah hadapan, lampu bulat LED ini jelas mempamerkan wajah retro yang muncul kembali pada zaman moden untuk memikat perhatian sesiapa yang terpandang.

Menyerap hentakan



Bagi casisnya, CB1100RS menggunakan geometri lebih tajam, dipadankan dengan suspensi Showa Dual Bending Valve (SDBV) di bahagian depan dan penyerap hentak berkembar Showa di belakang. Pada bahagian rodanya pula, CB1100RS dilengkapi dengan rim aluminium 17 inci serta angkup brek empat omboh lengkap dengan ABS.

Nak tahu spesifikasi dua lagi motorsikal terbaharu keluaran Honda untuk tahun 2019 ini? Like dan Follow FB E-MedPro untuk lihat update kami dari semasa ke semasa. :-)

No comments