Cybertroper PH, Man Toba Kesal Pemimpin PH Beri Mereka Layanan Bagai Sampah


Menerusi sebuah akaun Facebook Azhar Azhar, individu terbabit ada memuat naik satu tangkapan layar status dari akaun Facebook Man Toba yang dipercayai salah seorang cybertroper yang berkhidmat untuk Pakatan Harapan.

Tulisnya pada 12 Januari lalu, “Man Toba.. Aku screenshot status ko ni, aku dh tepek kt semua pimpinan PH..

Balas Man Toba di ruang komen tersebut, dia tidak menyangka status #TakdeLife yang ditulisnya itu sampai ke pengetahuan Azhar Azhar dan dia akui, dia kini berasa sangat letih.


“Heh..sampai sini status #TakdeLife gue.. bayangkan. Menulis blog.. dipenjara. Gajet2 asik kena rampas. Dari pru11. Hidop camtu takde life beb. Sampai skrg usha aku nak mewujudkan team opicial cybertorper PH masih gagal kerana pimpinan x reti nak mula dari mana. Nak cari dana dah buat dah program makan malam jual meja. Khabarnya hampir 2 juta.

2 juta dapat sumbangan konon2 kata nak buat cybertroper rasmi PH sudahnya tak tau apa jadi. Letih oo.”

Di ruang komen yang sama, Muhd Firdhaus bagaikan kecewa kerana ada nasib penyokong PH yang dahulunya berjuang berhabis-habisan, kini tidak dipedulikan.

Aku dh tengok kawan kita norman jantan y dulu berhabis duit tenaga masa sendiri demi bersama berjuang pemimpin y dulu di bangsat kn umno bn tu kini terlantar sakit ada ke pemimpin nk menjengok & beri bantuan??? Hanya kawan2 y xde harta pangkat & kuasa ni la y prihatin demi sebuah ikatan persahabatan penyokong PH..

Bagi Ali Li, dia bersetuju dengan kritikan Man Toba kerana puak-puak yang selesa dengan jawatan yang diterima seperti kacang lupakan kulit. 



Sebenarnya terdapat banyak lagi luahan hati cybertroper PH dan kesemua itu boleh dibaca menerusi link ini selagi ia belum dipadam : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1164983657002583&id=100004728797049

No comments