Cikgu Tuisyen Taman Scientex Dedah Ada Pihak Sengaja Ambil Gambar Pelajar


Susulan OPS JOHOR mengeluarkan persoalan 'ZALIM! MB JOHOR ARAH AHLI MAJLIS TUTUP TADIKA?, seorang guru pusat tuisyen di Taman Scientex  mengakui beliau antara individu yang bertanggungjawab meminta para pelajar untuk belajar di luar dewan.

Ini kerana pada tarikh 23 Januari 2019 berkenaan, dia tidak dimaklumkan awal bahawa akan ada sesi perjumpaan Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Wan Hazan bersama komuniti setempat di situ.

Kehadiran Wan Hazan adalah untuk menyerahkan kunci baharu untuk kegunaan dewan berkenaan selain mengadakan sesi bual santai.


Oleh kerana ada ibu bapa yang sudah menghantar anak-anak mereka seperti biasa untuk mengikuti kelas tambahan yang diadakan, ia tidak boleh dibatalkan.

Tambahan pula setelah ibu bapa pelajar menghantar anak-anak, ia menjadi tanggungjawab guru yang bertugas untuk memastikan keselamatan para pelajar berkenaan terjamin.

Lebih menarik, para pelajar berkenaan sudah belajar di luar dewan sejak pukul 8.30 malam dan ada pihak sengaja mengambil gambar situasi berkenaan dari arah belakang.


Perkara ini turut disahkan oleh guru tuisyen yang sedang mengajar dan yang menghairan, mengapa cerita tentang tadika yang digembar-gemburkan pada 24 Januari 2019 menerusi Facebook OPS JOHOR tetapi gambar pelajar tuisyen yang disebarkan?


Untuk pengetahuan pembaca, di Taman Scientex itu terdapat juga sebuah kabin dan sekiranya dia ingin mengadakan tuisyen di situ, dia perlu membayar RM200 setiap kali penggunaannya kepada ahli Kesatuan Rukun Tetangga (KRT).

Antara individu yang disebutkan adalah seorang wanita bernama Lin, En. Azam dan kadang-kala kepada ahli jawatankuasa KRT di Taman Scientex itu.

Cikgu berkenaan juga mengakui bahawa dia sudah menjalankan sesi tuisyen hampir lima tahun di situ dan memang tiada masalah sebelum ini.

Memandangkan berlaku sedikit salah faham, cikgu berkenaan turut hadir ke dewan itu untuk memastikan sama ada tuisyen benar-benar boleh diadakan atau tidak.


Kesimpulannya, cikgu tuisyen berkenaan turut pelik mengapa ada pihak sengaja mengambil gambar pelajar tuisyennya dan kesal 'Melayu sama Melayu bergaduh!'.


Inilah gambar pelajar tuisyen kelas tambahan sains yang belajar di luar dewan kerana cikgu berkenaan tidak dimaklumkan oleh pihak yang bertugas bahawa akan ada perjumpaan bersama Ahli MPPG, Wan Hazan dan di Facebook OPS JOHOR, mereka mengaitkannya dengan kelas tadika.

Apakah budak-budak tadika sememangnya sebesar itu tubuh mereka? Makan sup batang pisang ke apa hari-hari?

Masyarakat kita? Suka menyebarkan sesuatu tanpa usul periksa. Asalkan nampak banyak like dan share, tetap mahu kongsi sama amalan yang tidak dituntut dalam Islam. Masya'Allah.

Apa kaitanya dengan cerita tadika pula?

Baca sini artikel penuh di sini : http://www.e-medpro.com/2019/01/mengapa-cikgu-zamrud-kata-tak-kisah.html



No comments