Betulkah Lelaki Pandai Main Gitar Romantik? Ini Alasannya Daripada Perspektif Wanita


Rata-rata wanita berpendapat lelaki yang pandai bermain gitar kelihatan sangat romantik dan mampu mencairkan hati mereka.

Pandai bermain gitar juga merupakan kelebihan buat lelaki dan wanita sering terbuai indah terutamanya apabila lelaki tersebut ciptakan lagu yang istimewa untuk mereka.

Selain itu, berikut adalah antara alasan popular mengapa wanita mudah terpikat dengan lelaki yang tak lekang dengan gitarnya :

Memahami



Selain romatik, lelaki yang pandai bermain gitar dikatakan sangat memahami lebih-lebih lagi jika sang wanita tersebut merajuk, lelaki itu akan memainkan lagu-lagu kegemaran wanita tersebut. Bagi segelintir wanita pula, jika anda berupaya menunjukkan bakat anda, itulah saat paling indah buat wanita untuk u-turn jatuh hati kepada anda semula.

Sweet

Biasanya amalan ini dilakukan oleh pasangan yang hangat bercinta dan sedang memikat hati pasangan mereka. Kalau dah kawin, anda cuma nampak sweet kalau rajin buat susu anak jer. Lelaki yang pandai bermain gitar dikatakan agak sweet dan kelihatan sangat comel. Pasti wanita ini akan tersenyum jika mendengar anda mainkan gitar untuk mereka sebelum mandi, sebelum makan dan juga sebelum tidur biar pun hanya melalu panggilan telefon.

Mempunyai kelebihan

Lelaki yang pandai bermain gitar adalah sangat unik dan istimewa. Ini kerana bukan semua lelaki pandai bermain gitar dan bukan semua lelaki dapat bermain gitar dengan baik. Anda perlu tahu bukan senang nak belajar bermain gitar ini. Di situ pun sudah Nampak anda seseorang yang kuat berusaha.

Hebat


Hebat? Itulah ungkapan yang akan anda terima bukan sahaja daripada wanita malah lelaki pun akan turut sama teruja melihat skill anda jika anda tegar berlatih bersungguh-sungguh. Bayangkan kalau anda dapat kuasai fingerstyle, bermain keenam-enam tali itu serentak, mendayu-dayu!

Jadi adakah anda tergolong dalam lelaki yang pandai bermain gitar? Jika ya, komen dan share artikel ini.

Begitu juga kepada wanita yang sedang mencari pasangan, apa kata share artikel ini bagi menunjukkan hint kepada si dia!

No comments