Iklan

Alhamdulillah! MB Johor Rasmi Dan Serah Kunci Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ)


Menteri besar Johor, Datuk Osman Sapian hari ini merasmikan serta menyerahkan kunci Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) Denai Nusantara kepada pembelinya.
Ujar Pemaju induk Nusajaya di Iskandar Malaysia, UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) dalam satu kenyataan, RMBJ Denai Nusantara memiliki 1,217 ruang.
"1,109 unit adalah terdiri daripada lima blok setinggi 12 tingkat yang berkeluasan 1,000 kaki persegi dan lengkap berserta tiga bilik tidur dengan harga RM150,000.

"Selebihnya, 108 unit lagi dijadikan sebagai Kedai Kos Sederhana (KKS) yang melibatkan ruang seluas 1,200 kaki persegi dengan harga RM200,000 bagi setiap satu," kata UEM Sunrise.
Turut hadir dalam majlis penyerahan kunci RMBJ yang disempurnakan oleh Datuk Osman Sopian adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Dzulkefly Ahmad, Datuk Bandar Iskandar Puteri, Adib Azhari Daud serta Ketua Pegawai Eksekutif EUM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib.

Majlis tersebut turut menyaksikan kehadiran Pengarah Wilayah Selatan 2 EUM Sunrise Berhad, Zamri Yusof bersama 500 tetamu yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, wakil pihak berkuasa tempatan serta penduduk sekitar.
RMBJ Denai Nusantara bukan sahaja menawarkan rumah mampu biaya yang berkualiti di lokasi yang strategik malah pembangunan di sekitar kawasan perindustrian Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri memiliki pelbagai akses harian termasuk peluang ekonomi.
Tahniah kepada pemilik RMBJ Denai Nusantara dan selamat menikmati kehidupan yang indah dalam bandar yang mempunyai masa hadapan yang sangat cerah di bumi Johor.

** E-MEDPRO **

No comments