5 Fasa Tidur Sebelum Menuju Ke Alam Mimpi, Ramai Tak Tahu Apa Sedang Terjadi..!!


Tidur adalah satu aktiviti rutin dan wajib bagi tudbuh badan berehat dan memulihkan semula tenaga yang telah digunakan seharian.

Sewaktu tidur juga, majoriti di antara kita akan mengalami satu proses yang dinamakan sebagai mimpi dan proses ini telah terjadi kepada manusia sejak dari bayi lagi.

Apabila kita sudah terbaring untuk tidur, ramai yang tidak tahu sebenarnya kita akan melalui 5 fasa tidur sebelum menuju ke alam mimpi yang mungkin indah atau menakutkan seperti :

Fasa pertama



Fasa pertama adalah tidur ringan yang mana pada ketika ini, kita boleh terjaga dengan mudah sekiranya berlaku sebarang kejutan atau terdengar apa-apa bunyi.

Fasa kedua

Fasa kedua adalah tidur lelap dan ketika ini anda sudah tidak dapat berfikir apa-apa lagi. Yang pasti, otak anda juga sudah mulai berehat tetapi jika terkejut, anda bagaikan sedang mamai.

Fasa ketiga



Fasa ketiga biasanya menunjukkan anda berada di dalam zon yang bahasa mudahnya, sudah terawang-awang. Dalam erti kata lain, jika mendengar orang di sebelah anda sudah berdengkur, dia sedang tidur dalam fasa ketiga.

Fasa keempat

Setelah 60 minit anda tertidur, kajian mengatakan anda sedang berada dalam fasa yang keempat. Pada saat ini, kita berada dalam tidur yang sangat lelap dan aktiviti otak juga berada pada paras yang sangat minimal.

Fasa kelima


Setelah lelap sehingga 90 minit, dalam tidak sedar, anda sebenarnya sedang menuju ke fasa kelima yang juga dikenali sebagai Rapid Eye Movement (REM). Ketika ini, tekanan darah secara automatik meningkat selari dengan pernafasan serta degupan jantung.

Otak anda akan aktif dua kali ganda berbanding waktu anda sedang berjaga dan pada fasa inilah, kebanyakan daripada kita akan mengalami mimpi.

Mimpi baik atau buruk, bergantung kepada individu tersebut. Ada yang boleh diingati dengan baik dan ada juga yang hilang sebaik sahaja bangun daripada tidur.

Memori anda juga kebiasaannya akan menyimpan memori mimpi secara sempurna tidak lebih daripada dua hari kecuali anda ada mencatatnya setiap masa selepas bangun daripada tidur.


No comments