[VIDEO] Lelaki Ini Hasilkan Lagu Spontan Ciptaannya Dalam Tempoh Kurang Satu Jam


Biasanya orang ramai beranggapan membuat lagu adalah sesuatu amat sukar namun jika ia diselangi dengan minat dan kaedah secara praktikal, segala usaha pasti akan menjadi mudah.

Sama seperti @akyem_samad, walaupun dia bukanlah seorang pakar muzik atau orang lama dalam industri seni dan hiburan, berbekalkan pengalaman asas yang dimiliki, dia mampu menghasilkan lagu spontan dalam tempoh kurang satu jam.

Pada asalnya, dia mahu membuat lagu parodi kepada Muhammad Sajjad memandangkan namanya itu sebagai wanita jadian sedang tular dengan pelbagai kecaman.

Namun setelah mendapati rentak yang ditemui agak sedap kedengaran di telinganya, dia membatalkan niat asalnya itu dan terus menghasilkan sebuah lagu original yang lengkap.

Apa yang dia lakukan adalah merakam versi penemuan ini dan memuat naikkannya di YouTube sebagai perkongsian umum agar dia tidak akan kehilangan lagu spontan tersebut.

Walau bagaimanapun, lagu yang telah lengkap dengan lirik itu belum diletakkan tajuk dan berdasarkan kapsyen di YouTubenya, dia memberi peluang kepada penonton YouTube untuk mengemukan idea tentang tajuk yang sesuai sekiranya lagu tersebut boleh dihasilkan dengan lebih serius.

Ini adalah video tentang "Lelaki Ini Hasilkan Lagu Spontan Ciptaannya Dalam Tempoh Kurang Satu Jam"


Apa pendapat anda? Sila komen di bawah. Terima kasih kerana meluangkan masa di E-MEDPRO!

No comments