Iklan

Travelog Akyem Samad - Bangi Wonderland


Kawasan sungai, air terjun mahu pun pantai yang cantik sememangnya kurang sesuai untuk dikunjungi pada musim tengkujuh.

Lebih-lebih lagi di negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia ini, bulan Disember adalah sebuah penghujung bulan yang sering menerima hujan yang agak banyak.

Namun demikian dalam masa yang sama, bulan Disember juga merupakan musim cuti persekolahan dan inilah masanya buat ibu bapa yang mahu meluangkan masa bersama anak-anak.

Menyedari kesulitan tersebut, blogger yang juga wartawan Utusan Online, Akyem Samad mengambil kesempatan membuat review ringkas tentang Bangi Wonderland.

Selain menyediakan beberapa pakej harga yang menarik RM90 untuk dua orang dan RM200 untuk lima orang, Bangi Wonderland juga dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam sepanjang musim cuti persekolahan ini.

Bagi yang belum berksempatan untuk bersuka ria di sini, Bangi Wonderland memiliki lapan tempat menarik serta mencabar dan ia perlu dirasai pengunjung.

Antara lokasi yang dimaksudkan adalah seperti Boomerang, Typhoon River, Kids Adventure, Surf Rider, Meander Rider, Pirate's Bay, Pirate's Spa serta Water Canon.

Pengalaman meluncur di gelongsor berair dari aras yang tertinggi sememangnya sukar untuk dilupakan.

Ia membuatkan penghujung sehingga mahu ketawa tetapi suara itu tidak kedengaran kerana rasa terujanya menguasai diri.

Mungkin ekspresi lucu pada wajah pengunjung lebih dapat dilihat namun kepuasan itu tetap akan dinikmati.

** E-MEDPRO **

No comments