Iklan

Maszlee Buat Pusingan U Lagi Tangguh Mekanisme Pembayaran Terbaharu

Khabar baik kepada semua peminjam Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini iaitu sistem bayaran balik pinjaman fleksibel (ICLR) untuk pinjaman tersebut akan ditangguhkan buat masa ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, langkah penangguhan itu diambil buat sementara waktu sehingga pihaknya menerima input dan maklum balas kolektif daripada pihak berkepentingan.

“Skim bayaran balik ICLR PTPTN akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga kita menerima input dan maklum balas kolektif daripada pihak berkepentingan,” katanya.

Nampaknya, buat pusingan U lagi tuan-tuan dan puan-puan. Terlampau banyak sangat pusingan U ni.

Apa komen anda tentang isu ini?

No comments