Iklan

Gambar Muhammad Sajjad Yang Pernah Jadi Pemain Bola Tampar Pula Tersebar



Pasti rakan-rakan sepasukannya tidak lagi mahu mengakui Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sebagai rakan kenalan dan sepermainan mereka ketika ini.

Tambah-tambah lagi Muhammad Sajjad yang cuba menongkah arus ciptaan Tuhan diuji dengan pelbagai kontroversi yang tidak dapat dielakkan daripada pengetahuan masyarakat.


Sewaktu Muhammad Sajjad cuba menafikan jantinanya dan mendakwa kononnya para wartawan menipu serta memutar-belit cerita, sekeping salinan fotostat kad pengenalan diyakini milik beliau tular terlebih dahulu dalam media sosial.

Walaupun salinan fotostat kad pengenalannya itu telah dilihat ramai, Muhammad Sajjad tetap enggan mengaku dan tidak habis-habis mahu masyarakat menerima dirinya sebagai seseorang yang bernaluri kewanitaan atau pun khunsa.

Namun demikian, pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh mereka yang tidak diketahui tetapi mengenali dengan dekat gerangan Muhammad Sajjad yang sebenarnya.

Sehubungan itu yang terbaharu, sekeping gambar kumpulan pemain bola tampar di dalam sebuah majalah sekolah tular dan mendapat perhatian ramai sekali lagi.


Langsung tidak mengejutkan raut wajah jejaka di dalam gambar tersebut jelas menunjukkan wajah sebenar Muhammad Sajat ketika remaja.

Yang menghairankan, bagaimana jejaka yang aktif dalam bidang sukan sewaktu zaman persekolahan boleh tumbuh tetek setelah menjengah usia dewasa dan tidak malu membogelkan diri kepada umum.

Semoga dengan pendedahan demi pendedahan ini membuatkan Muhammad Sajjad terbit rasa insaf kerana masyarakat sebenarnya mahu dia kembali ke jalan yang asal.

Mungkin cara dilihat begitu kejam namun apa yang boleh dilakukan lagi sekiranya nasihat secara lembut tidak diendahkan?

Apa komen ada? Terima kasih kerana meluangkan masa di portal E-MEDPRO.

** E-MEDPRO **

No comments