Iklan

Bahagiakan Pasangan Dengan Hadiah Yang Kreatif Serta Unik


SETIAP kali menjelang sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau ingin memberi kejutan kepada si dia, mencari hadiah yang sesuai kadang-kala boleh jadi sangat ‘sangat memeningkan’.

Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu amat menitik beratkan keunikan serta mahu meninggalkan kesan nostalgia, takkan hadiah yang biasa-biasa mahu diberikan.

Menyedari kepentingan itu, DG Studio mengambil inisiatif  memperkenalkan beberapa item baharu yang sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah bagi memenuhi permintaan pelanggan di Malaysia.

Berdasarkan tinjauan E-MEDPRO di premis CM3 yang berlokasi di F1.71, Sunway Piramid, kesemua item yang ditawarkan DG Studio sememangnya unik dan mampu memikat hati si penerima.

Berikut adalah item-item yang boleh dibeli untuk membuatkan pasangan masing-masing tersenyum gembira :

3D Wooden Puzzle : Pumpkin Carriage



Apabila melihat item yang diberi nama Pumpkin Carriage ini, pastinya fantasi tentang cerita Cinderella akan terlintas di fikiran.

Jadi kepada pembeli item ini, anda tidak ubah seperti seorang pari-pari yang mampu merealisasikan impian seorang gadis untuk merasai erti sebuah cinta.

Perekanya, Missa Chung mendekorasi Pumpkin Carriage dengan ukiran ‘angsa cinta’ di tengah-tengah dan ia mempunyai kunci pergerakan yang tersendiri.

Pumpkin Carriage ini memiliki alunan muzik Maiden’s Prayer dan ia bergerak ke hadapan selain boleh berpusing-pusing.

Harga : RM215

3D Wooden Puzzle : Merry Go Round


Pereka, Ball Cheung mencipta Merry Go Round dengan konsep perhiasan kuda mainan dalam taman tema.

Item ini mempunyai kunci pergerakan pada bahagian bawah dan ia boleh dilaras pusingannya mengikut kemahuan si penerima hadiah.

Menariknya tentang item ini, selain melihat kuda itu berpusing-pusing, alunan muzik Over The Waves yang berkumandang boleh membuatkan seseorang itu terleka dalam senyuman.

Harga : RM215

Jigzle Home : Nutcraker Lamp


Boneka kayu berbentuk askar, Nutcraker dikatakan amat istimewa kerana memiliki simbol keberuntungan serta menjadi simbol pelindung dalam sesebuah keluarga.

Bagi kepercayaan rakyat Jerman suatu ketika dahulu sekitar tahun 1700-an hingga 1800-an, Nutcraker ini juga berupaya melindungi seseorang itu daripada roh jahat dan perkara yang berbahaya.

Namun kini, boneka Nutcraker adalah sebuah item komersil dan ia bukan sahaja boleh disimpan sebagai perhiasan malah amat elegen apabila dijadikan sebagai lampu tidur.

Jadi pembeli item ini boleh diibaratkan sebagai pahlawan yang memberi pelindungan kepada penerima dan anggaplah sewaktu si dia membuka lampu dan menerima ruang kamarnya, cahaya itu adalah sebahagian daripada anda.

Harga : RM490

3D Wooden Puzzle : Cat Playground


Cat Playground rekaan Kat Tong ini tampil dengan empat pilihan reka bentuk kucing kayu seperti Playing Cat, Sitting Cat, Streching Cat serta Standing Cat.

Permainan susun suai bentuk ini bukan sahaja boleh mengisi masa lapang seseorang malah apabila sesuatu bentuk itu berjaya disiapkan, ia mampu memberikan kepuasan yang tersendiri.

Menariknya lagi setiap susun suai bentuk ini, ia boleh digabungkan dengan mana-mana reka bentuk lain untuk dijadikan sebagai set taman permainan untuk kucing (Cat Playground).

Cat Playground ini amat cantik jika diletakkan atas meja belajar atau meja kerja. Jika bosan, boleh sesekali hayunkan buai atau ikan yang tergantung untuk menarik perhatian kucing kayu yang sedang bermain-main secara statik.

Harga : RM75

3D Wooden Puzzle : Animals Variation


Terdapat sehingga 16 jenis haiwan untuk disusun suaikan, item ini menjadi pilihan popular bagi individu yang ingin menghilangkan stress dan gemar mencari ketenangan apabila berada dalam mod fokus.

Antara rekaan haiwan yang ditampilkan adalah seperti kucing, beruang kuala, penyu, ikan jerung, panda, kuda laut serta beberapa lagi.


Bagi E-MedPro, setiap susun suai bentuk ini memiliki tahap kesukaran yang tersendiri namun ia berbaloi buat mereka yang ingin mengisi masa lapang.

Nampak bergaya serta memiliki prinsip tersendiri jika ia diletakkan di tempat yang anda rasakan mampu memberi tuah kepada anda.

Harga : RM45

Tea Time : Tea Infuser


Tidak semua orang gemar menikmati teh dalam uncang seperti yang boleh didapati dalam pek sebagai mana yang ada dijual di pasaraya.

Ada juga yang gemar bereksperimentasi dengan ramuan teh ciptaan sendiri namun serbuk yang mengembang pada permukaan atau dasar air teh itu kadang-kala amat terganggu.



Bagi menyelesaikan permasalahan itu, Tea Infuser tampil dengan beberapa rekaan yang comel selain bahan yang digunakan tidak mudah terjejas sekiranya direndam dalam air panas.

Sesuai untuk belikan Tea Infuser ini kepada golongan dewasa seperti ayah, ibu, datuk serta nenek yang suka menikmati teh yang dibancuh sendiri.

Floaty Duck : Pepper & Salt Shaker


Bosan dengan botol serbuk lada sulah dan garam yang klise? Jika ada seseorang yang ceria dan bersikap keanak-anakan, apa kata dapatkan satu Floaty Duck : Pepper & Salt Shaker ini?

Anda bukan sahaja akan mendapat perhatian kerana menggunakan item yang agak unik ini malah anak-anak juga akan seronok berada di meja makan.

Cuma jangan bawa ke bilik mandi. Risau anak-anak yang masih kecil anggap ia sebagai itik yang boleh terapung di atas permukaan air.

Hoobee : Wooly Pins Pushpins


Item ini sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada mereka yang suka menjahit kerana Wooly Pins Pushpins ini berfungsi untuk mengelakkan jarum yang digunakan tidak hilang.

Maklumlah jika seseorang itu begitu ralit menjahit, ada kalanya jarum boleh tercampak ke mana-mana dan ia boleh membahayakan anak-anak kecil.

Ditampilkan dengan bentuk biri-biri getah berwarna putih, getah yang digunakan tidak mudah rosak walaupun dicucuk dengan jarum berulang kali.

Hoobbe : Snack Clips & Monster Picks


Apabila pek makanan ringan sudah dibuka, biasanya kita akan mengikatnya menggunakan getah jika tidak sempat untuk menghabiskan kesemuanya dalam satu masa.

Namun dengan adanya Snack Clips ini, anda sudah tidak lagi perlukan getah malah anda boleh gunakan item ini berulang kali tanpa perlu risau.

Selain itu, untuk menarik minat dan menggalakkan anak-anak kecil belajar untuk makan dengan sendirinya, apa kata dapatkan satu Monster Picks ini.

***************************************
Kesemua item ini ada dijual dan boleh didapati di premis CM3 yang berlokasi di F1.71, Sunway Piramid dan sedikit komen tentang petugas yang bekerja, mereka sangat ramah dan mesra pelanggan!

Jika ingin mendapat info lanjut tentang pelbagai lagi item yang menarik, apa kata terus lawati https://www.hoobbe.com/

***************************************
Ada produk yang ingin dipromosikan? Whatsapp 012-8975696 atau layari Facebook E-Medpro untuk dapatkan info lanjut.

** E-MEDPRO **

No comments