Apa Lagi Yang Muhammad Sajjad Mahu Sembunyikan? Adakah Ini Petanda Jakim Gagal?


Penafian seorang ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 33, atau lebih mesra serta gemar mengundang bala Allah dengan panggilan Nur Sajat berhubung jantinanya akhirnya tidak dapat disembunyikan lagi.

Meskipun dia seboleh-bolehnya menyatakan dia seorang wanita, hanya golongan yang tidak siuman sahaja mengakui Muhammad Sajjad seorang wanita yang boleh berdarah sewaktu datang bulan dan hamil seandainya dirogol secara rela.

Perkara ini sekali gus menunjukkan pihak berkuasa sememangnya memiliki butiran lengkap setiap individu di negara ini cuma memerlukan masa untuk didakwa atau dituduh sekiranya melakukan apa-apa kesalahan.

Dalam masa sama, biar pun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah mengesahkan Muhammad Sajat adalah khunsa pada Februari lalu, rata-rata masyarakat tidak bersetuju dengan perkara itu biar pun pengakuan sumpah telah dibuat oleh ibu bapa Muhammad Sajjad.

Jika seorang khunsa dan beragama Islam dan naluri ke arah kewanitaan sekali pun, apa alasannya Muhammad Sajjad tampil dalam media sosial dengan bentuk tubuh dan gaya yang langsung tidak mencerminkan empunya badan seseorang yang beragama Islam.

Perkara ini juga telah menyebabkan ramai netizen yang normal serta memiliki akal fikiran yang waras berang dengan keputusan dan tindakan yang dinyatakan oleh Jakim kerana badan tersebut sepaptutnya bertindak lebih tegas tentang perkara ini.

Walaubagaimana pun, kebenaran tetap akan terbongkar sama ada cepat atau lambat. Entah apa perasaan blogger, Papa Gomo atau Sir Azri yang pernah didakwa netizen cuba untuk mengurat lelaki yang menambah hormon sehingga terlihat sebagai wanita jadian itu.

Muhammad Sajjad didakwa di bawah Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 kerana tidak peka dengan sistem percukaian yang dilaksanakan.

Wanita jadian tersebut mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dikemukakan dan setiap dakwaan di bawah akta tersebut adalah bernilai RM900 sekali gus memerlukan Muhammad Sajjad cuma perlu membayar RM2,700.

Namun demikian, jika diikutkan kekerasan akta tersebut, Muhammad Sajjad boleh didenda maksimum sehingga RM50,000 untuk setiap pertuduhan.

** E-MEDPRO **

No comments