Ambang Tahun Baru 2019: 2 Acara Berbeza, Kanda Cari Esa VS Dinda Cari Bala?


Menjadi adat bagi rakyat seluruh di dunia yang hidup mengikuti kalander Gregorian, menjelang tarikh akhir 31 Disember, pelbagai temasya diadakan kononnya untuk meraikan tahun baharu sebaik sahaja memasuki tarikh 1 Januari semula.

Bagi sebuah negara di Asia yang bernama Malaysia, negara ini juga tidak ketinggalan untuk meraikan adat yang sama. Lebih-lebih lagi Malaysia disifatkan sebagai sebuah negara yang memiliki latar belakang yang telah dieksperimentasikan sebagai ‘majmuk’.

Namun demikian, memandangkan dunia mempunyai visi dan misi menuju ke arah akhir zaman, maka berbondang-bondanglah segelintir rakyat Malaysia yang sedang menikmati dunia sementara ini terpengaruh dengan budaya ciptaan manusia.

Walau bagaimanapun, awal pagi ini, usai solat Subuh, E-MEDPRO tertarik dengan dua posting yang dilaporkan oleh Utusan Online serta Sinar Harian.

Seperti yang sedia maklum, pesta Neon pernah diadakan di Bukit Jalil dua tahun lalu sehingga ada yang maut akibat overdose tetapi penganjur bagaikan tidak serik dan berlagak seperti biasa untuk menjalankan program sedemikian.


Lebih menimbulkan suara-suara buruk masyarakat, pesta Neon itu diadakan di Port Dickson, tempat PM-To-Be, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh terlepas pandang tentang perkara ini? Adakah orang di sekeliling Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup mata beliau sehingga tempatnya wujud ruang untuk parti pembangkang menyerang sebagai alasan?

Bagaimana pula dengan Bersatu yang mahu membela hak dan kepentingan kaum Melayu? Adakah dengan memastikan anak-anak Melayu dapat mengikuti sambutan malam tahun baharu dengan begitu seronok serta tiada gangguan?

Dan cukup-cukuplah BN mendabik dada salahkan puncanya kerajaan hari ini tidak bertanggungjawab kerana mereka cuma tahu copy & paste.

Apa yang pernah ditutup mata oleh kerajaan terdahulu, mereka juga tutup mata tetapi dengan sedikit penambah baikan dengan cara yang tersendiri.

Di negeri pembangkang yang dipimpin oleh Pas pula, sejajar dengan tagline Malaysia ‘Islam agama rasmi Persekutuan’ (Sabah serta Sarawak tidak termasuk), mereka pula seperti menongkah arus dalam menganjurkan sambutan tahun baharu mengikut kalendar Gregorian.

Kelihatan saf rapat yang akan sujud menyembah Allah yang Esa dan mengikut kepercayaan Islam, pastinya akan dipenuhi malaikat pada acara sedemikian.

Seawal pukul 6.30 petang sehingga 12 tengah malam, mereka telah berkumpul di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak untuk meraikan niat yang sama.


Melalui dua berita ini, E-MEDPRO dapat simpulkan, mereka yang sudah sedar (kekanda) takut untuk dilibatkan bersama dengan azab Allah tetapi mereka yang sedang meningkat dewasa dalam keseronokan (adinda) sangat perlu dipantau demi kesejahteraan bersama.

Cukup-cukuplah kita dengar berlaku korupsi dalam kalangan pemimpin teratas, takkan mahu rasa seronok pula dengar cerita remaja buang anak di tong sampah, tandas, masjid dan sebagainya?

Kerajaan punya kuasa untuk mengawalnya dan rakyat masih bersabar sebelum tekad mahu mengambil tindakan sendiri.

Hal ini kerana orang-orang Melayu punyai sikap rela berikan peluang dan sekali dikau melampau, siap!

No comments