Iklan

Mostok : Lelaki Tua Itu Hilang Selepas Aku Jawab Salam

GAMBAR HIASAN
KISAH ini berlaku hampir 20 tahun lepas. Ketika itu aku masih budak. Ya, seorang budak yang sangat nakal.

Sehingga mak bapak aku sekali pun sukar nak mengawal tingkah laku serta perangai aku yang ‘nauzubillah’.

Bila tarikh, hari atau bulannya.. memang aku dah tak ingat. Tetapi itu adalah kali pertama aku mula belajar mencuri.

Mencuri duit mak bapak. Gila.. salah besar tu woi.. tapi biasalah budak-budak kan. Aku mana tahu apa-apa lagi pada masa itu.

Ditakdirkan Tuhan, perbuatan aku terkantoi. Sekali kena sebat dengan tali pinggang berbirat wooo.. Menangis.. tapi tak menyesal sebab aku sedar itu salah.

Bukan macam budak-budak sekarang ini.. Mak bapak manjakan lebih.. Lepas tu salahkan kerajaan dulu, kini dan selamanya termasuk politik semasa. Bangang jer..

Lepas aku kena sebat tu.. dekat rumah aku tu ada satu perigi.. dekat perigi tu ada satu pokok rambutan.. bapak aku pergi tambat aku dekat situ.

Bapak aku cakap, esok Subuh baru dia nak lepaskan aku.. Mak aih.. lapar wei perut waktu tu. Dah lah tak sempat makan tadi petang. Terkantoi pulak tu.. Hahaha..!!

Aku mencuri sebab nak beli jajan. Nak minta takut. Bapak aku garang wei. Takut sebab hormat. Aku ni pulak pada masa tu.. bukannya tahu berapa nilai ringgit warna biru, merah atau ungu.

Yang aku tahu, bapak aku selit dompet bawah katil dan tangan aku merayap pergi seluk mencari kertas yang ada. RM50. Ya, itulah kertas yang tercapai pada tangan aku di saat aku asyik menyeluk.

Kesian.. mak bapak aku kerja penat-penat.. aku pergi rembat duit diorang sebab nak beli jajan.. padanlah aku pelik kenapa orang kedai tu pulangkan balik duit banyak-banyak. Siap ada tercicir!

Kantoinya sebab orang kedai tu pergi jumpa bapak aku, pulangkan duit RM10 yang tercicir.. Haha.. Mendapatlah kau..

Itulah imbasan demi imbasan yang bermain di benak fikiran aku ketika kena tambat pada pokok rambutan itu. Entah siapa yang tanam pokok rambutan itu pun aku tak tahu.

Yang aku masih ingat, aku membentak diri sendiri. Aku maki alam sekeliling. Semut yang tak bersalah pun aku babi-babikan. Kelakar bila ingat balik.

Waktu malam sehingga awal pagi, biasalah kan kalau dengar bunyi unggas. Bunyi burung hantu, cenggerik.. itu adalah normal pada suasana zaman itu.

Lainlah sekarang.. asal malam jer bunyi Mobile Legend. Tak pun PUBG.. Paling bangsat.. Hikayat Cikgu Suraya dalam bentuk video.

Ada satu ketika tu.. suasana tiba-tiba tenang. Sunyi jer.. Tak dengar satu suara alam pun. Serius..
Bulan cerah, angin bertiup agak dingin. Sesekali ternampak kelibat daun rambutan gugur ke tanah.

Tiba-tiba.. haa.. bila part tiba-tiba mesti korang dah tahu cerita seram dah nak bermulakan? Hahaha..

Tiba-tiba aku bau pelik lain macam. Tak wangi, tak busuk. Sumpah pelik. Aku tak pernah bau pun bau tu.

Masa tu, aku dah rasa lain macam. Aku cuba bersuara.. ya, aku taka da suara. Aku macam tak boleh bersuara.

Aku cuba menjerit, tapi aku rasa macam Cuma angina aje yang keluar. Korang yang pernah alami benda ni mesti tahu macam mana rasanya.

Dari jauh, aku Nampak kelibat orang.. berkemeja putih lusuh, pakai seluar macam seluar slack warna hijau.. selipar warna hitam.. lebih kurang macam tu la.. Ingatan zaman budak-budak kot..

Bla dekat, aku Nampak raut muka dia. Tua dan tenang. Bersih jer walaupun berjanggut. Badan aku dah mula rasa panas.

Lelaki tua tu pegang kepala aku. Dia bercakap sesuatu tetapi aku macam kurang faham. Aku andaikan dia sedang nasihat aku.

Tapi ada satu perkataan je yang jelas.. iaitu Assalamulaikum.. dan secara tak lansgungnya, aku boleh menjawab, “Walaikumussalam”.

Mata aku jadi pedih. Lelaki tu lenyap macam tu jer.. Agak meraung jugaklah aku waktu tu..
Sedar-sedar, aku rasa bahu aku macam ditepuk dan badan aku digoncang..

Aku buka mata, bapk bapak aku dengan seorang abang ni.. dia bukan ustaz.. gaya macam mat gian orang kata.. tapi aku diberitahu, dia mengubat aku.

Bapak aku cerita, dia pelik macam mana aku boleh larikan diri sebab dia tambat ketat-ketat kaw-kaw punya..

Aku cakaplah yang aku tak pergi mana-mana pun.

Bapak aku balas balik, “Habis yang kau menangis sambil pejam mata dekat reban ayam rumah Mak Cik Dila tu dah kenapa?”

Yang tu.. sampai sekarang aku taka da jawapan..

-----------------------------------------------------------------
Anda mempunyai kisah seram yang ingin dikongsikan? PM cerita anda ke Facebook E-MedPro

No comments