Iklan

Penyanyi Keena Prasista Bawa Nama Malaysia Ke Persada Muzik Indonesia


Menjengah usia 29 tahun, gadis jelita berketurunan Melayu dan Siam, Keena Prasista kini mengorak langkahnya ke persada muzik Indonesia.

Keena yang mula menyanyi sejak usia Sembilan tahun dan telah menghiburkan ramai orang dalam pelbagai majlis beranggapan nyanyian adalah satu sumpahan terbesar buat dirinya sebagai anak seni.

“Ini kerana saya ada cuba untuk berlakon namun ia kurang mendapat penghayatan bagi saya berbanding apabila saya mula membuka mulut untuk menyanyi.

“Namun begitu, sumpahan ini adalah sesuatu yang sagat bermakna dan saya amat menghargainya,” katanya kepada E-Medpro, baru-baru ini.

Ujar Keena lagi, dia dijangka akan bertolak ke Jakarta pada 19 Oktober ini dan selain merakam beberapa lagu di sana, jelajah karier seninya akan turut sama dilakukan.

** E-MEDPRO **

No comments