Iklan

Mujahid Tak Mahu Ulas Tentang Operasi Khas Tangkapan Khalwat


Ketika ditanya tentang adakah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan meneruskan operasi khas bermusim untuk mencegah khalwat pada malam tahun baharu atau sambutan Hari Valentine, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof enggan memberi ulasan lanjut mengenainya.

Dalam satu sidang media yang diadakan selepas Persidangan Meja Bulat : Falsafah dan Tatacara Hukuman Jenayah Syariah Dalam Mencapai Rahmatan Lil Alamin di Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS), di sini, beliau cuma bercakap kembali tentang pentingnya mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk pencegahan salah laku khalwat.

No comments