Iklan

Awas scammer jual barang dengan harga murah


Apabila sesuatu barangan yang unik dijual dengan harga yang begitu rendah, pengguna dinasihatkan untuk tidak terus membuat tempahan sebaliknya menyiasat siapakah penjual tersebut.

Pemerhatian Utusan Online ke atas beberapa Facebook scammer yang menggunakan nama Goodlucks dan Brook misalnya, mereka kononnya menjual gimbal iaitu pengimbang telefon dengan harga RM195 berbanding harga asal RM688.

Tawaran sebegini sudah tentu mengujakan ramai pihak yang menginginkan peralatan tersebut ditambah pula bilangan perkongsian, komen serta tanda suka menunjukkan angka yang agak tinggi.

Namun begitu malangnya, sebaik sahaja pelanggan membuat pembayaran kepada penghantar, mereka cuma menerima ‘batang swafoto’ yang harganya tidak sampai RM50.

Ujar seorang pengguna Facebook yang menjadi mangsa scammer berkenaan, Nazrizal Ahmad, pembeli tidak boleh membuka bungkusan sebelum pembayaran dibuat.

“Namun setelah pembayaran dibuat dan penghantar sudah tiada di depan mata, nombor pihak bertanggungjawab yang tertera pada bungkusan langsung tidak melayan respon kita.

“Lebih teruk lagi, mereka memadam semua komen negetif yang ditulis di ruangan komen iklan Facebook mereka,” tulisnya di bahagian penilaian Facebook scammer tersebut.

Sementara itu, Nora Shari menulis, dia juga hampir terpedaya dengan iklan yang ditaja tersebut.

“Saya hampir terbeli peralatan tersebut sehinggalah saya terbaca komen-komen negatif perkhidmatan mereka.

“Saya sangat bersyukur kerana sempat membacanya terlebih dahulu sebelum komen-komen sebegitu dipadam oleh pihak mereka,” katanya.

** E-MEDPRO **

No comments