Iklan

Yngwie Malmsteen Beraksi Esok Di Kuala Lumpur 29.9.2018

Cuma budak-budak yang baru nak up sahaja tidak kenal dengan gitaris rock terkenal, Yngwie Malmsteen atau nama sebenarnya, Lars Johan Yngve Lannerback.

Bintang yang menginjak usia 55 tahun ini seperti yang diketahui umum sebelum ini, akan beraksi esok di Dewan Wawasan PGRM, Kuala Lumpur.

Kebanyakan tiket yang dijual secara atas talian kebanyakannya sudah habis terjual namun kepada peminat tegar Yngwie Malmsteen yang terlepas mendapatkan tiket konsert 'Yngwie Malmsteen Live In Malaysia', usah risau.

Anda masih boleh mencarinya di Panggung Asia, Setor Gombak hari ini atau esok sahaja, di Menara PGRM yang bakal menyaksikan peminat muzik rock 'berhari raya'. Itu pun selagi tiket masih ada..!!

** E-MEDPRO **

================================================================
Ada berita, info dan cerita menarik yang mahu disiarkan? Whatsapp (sahaja) 012-8975696

Follow Instagram : @emedpro

No comments