Iklan

XX-RAY III Bakal Temui Penonton Disember Ini Atau Januari Tahun Hadapan

Jenama filem XX-Ray sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia pasti mempunyai pengikut yang tersendiri.

Mengimbau kembali penerbitan XX-Ray I, ia menceritakan perihal Prof. Amir dengan topi sainsnya yang mampu ‘menghaibkan’ diri si pemakai.

XX-Ray II pula menceritakan perihal mesin masa yang membawa Prof. Amir dan rakan-rakannya ke zaman kesultanan Melayu Melaka.

Setelah bertahun-tahun jenama itu sepi, kali ini ia tiba-tiba menjadi panas semula.

Berdasarkan status terbaharu sang pengarah tersebut, beliau memaklumkan filem XX-Ray III telah siap sepenuhnya dan kini sedang cuba mendapatkan tarikh tayangan.

Kepada yang berminat mahu menjadi rakan kongsi pengedaran dan promosi, boleh hubungi beliau secara terus menerusi Facebook.

XX-Ray III menampilkan Izzue Islam, Adam John serta Nonny Nadhirah sebagai tonggak utama dalam penceritaan kali ini dan berdasarkan info yang diterima, penggambaran juga turut dijalankan sehingga ke Jordan.

No comments